Tanpa sempadan masa atau waktu, tanpa mengira di mana atau siapa, ujian dan musibah, dugaan dan cabaran tidak pernah berhenti mendekati kita makhluk yg bernama insan.
Tiada siapa yang bernama insan akan terlepas daripada ujian. Baik kesusahan, baik kesenangan, kedua-duanya adalah ujian Allah pada hambanya.
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan." (Al-Anbiyaa': 35)
Memang dunia ini adalah medan ujian…kehidupan ini adalah medan perjuangan.
Lumrah alam, tidak ramai antara kita yang mampu menerima, yang mampu menghadapi ujian yang diturunkan Allah, malah ada yang cukup berani mempertikaikan ujian Allah serta tidak redha akan ketentuanNya.
Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Apa yang di turunkan Allah mempunyai hikmah yang tersendiri. God does works in a mysterious ways.
Yakinlah bahawa tidaklah ALLAH menguji akan hambanya kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi olehnya. Cuma adakalanya syaitan tidak lekang membisikkan bahawa ujian yang kamu hadapi sangatlah berat dan tidak mungkin untuk kita pikul. Ingatlah bahawa di ketika ini dan di saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat berbanding ujian yang sedang kita hadapi.
Hikmahnya ujian ini jika dihadapi dengan kesabaran dan redha maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan darjat seseorang insan.
Terlalu ramai dari kita pada waktu menghadapi ujian ini barulah kita sedar betapa lemahnya kita ini. Baru kita sedar betapa rendahnya diri kita dan terkadang waktu ini baru kita sedar betapa nikmatnya ibadat.
Bersangka baiklah kepada ALLAH, yakinlah bahawa disebalik ujian dan musibah yang menimpa kita ada kebaikan dan hikmah.
"Dan boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kalian." (Al-Baqarah : 216)
"Maka mungkin kalian membenci sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak."(An-Nisaa : 19)
Dunia ini bukan lah tempatnya yang mutlak untuk kita bergembira dan berehat. Dunia ini sebagai tempat menerima ujian dan bersiap bagi meraih kebahagian di akhirat kelak.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ujian akan terus datang. Kita perlu teguh dan redha menghadapi ujian. Dan kita umat Islam perlu bersatu dalam menangani ujian. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment