Saturday, December 18, 2021

Hanya Pada Mu

Hanya pada Mu kuserahkan segalanya,
Kuserahkan tentang cinta yang mungkin sekadar anganku sahaja.
Kuserahkan tentang harapan yang mungkin hadir kerana ego ku sahaja.
Kuserahkan tentang keyakinan yang mungkin hanya mainan ciptaanku sahaja.
Hanya pada Mu kuserahkan segalanya
Kuserahkan tentang semua yang masih Engkau rahsiakan.
Kuserahkan tentang hati yang entah dimana adanya.
Kuserahkan tentang jiwa yang kini masih ku cintai. Kuserahkan tentang hati itu semoga Kau bahagiakan dengan atau tanpa diri ku.
Hanya pada Mu kuserahkan segalanya
Ku serahkan tentang penyerahan segala takdir ku ini
Ku serahkan tentang keyakinan yang diam-diam ku titipkan dipenghambaan ku di sepertiga malam.
Ku kembalikan segalanya pada MU kerana tiada yang lebih indah daripada perancangan Mu jua.

Wednesday, November 3, 2021

sejak kau aku kenali

Timbul bait-bait kata di hati, terus AyohKu catat kan takut terlupa. 

Sejak Kau Aku Kenali

Sejak kau aku kenali
Taman hati yang kosong
Cantik terhias kuntuman bunga pelbagai warna
Harumnya bunga menghilangkan kegusaran hati di rimba tanpa keruan 

Sejak kau aku kenali
Ingin ku isi kosongnya hati mu
Ingin ku teroka liku lorong hatimu 
Hingga ku temui negeri cinta yang abadi tanpa musim 

Sejak kau aku kenali
Pintu hati terbuka ku tutup untuk yang lain
Ruang hati cuma ada engkau 
Dengan rindu dendam kasih sayang
Tanpa ada gundah gulana 

Sejak kau aku kenali
Langit luas ku cuba rangkul
Degup jantung berdentum
Agar kau tahu cinta ku tiada rehat cuma harap 

Sejak kau aku kenali
Senyum dibibirku
Tanda syukur kau aku kenali. 

AyohKu
3 November 2021

Saturday, October 9, 2021

Ikhlas

Ada lah seorang sahabat AyohKu, yang mana tugasnya berkait dengan menyediakan bantuan pada rakyat. 

Hari ni sahabat ni whatsapp AyohKu. Mengadu tentang ramai yang masih maki hamun pada beliau walaupun beliau ikhlas membantu dan tidak pernah mengkhianati amanah yang diberikan. 

Dan tujuan beliau whatsapp pada AyohKu ialah nak minta tips macam mana AyohKu menerima cemuhan dan makian sepanjang menjalankan tugas membantu usahawan tapi tetap selamba teruskan tanggungjawab AyohKu. 

Mudah sebut daripada membuatnya, tips nya hanya satu, IKHLAS kan hati. 

Dalam kita membantu orang, kita tidak akan dapat lari daripada membantu "anjing yang tersepit" yang mana kebiasaannya pasti akan menggigit sebaik sahaja dilepaskan. Dan juga akan menyalak jika tidak dilepaskan. 

Ini hakikat dunia yang kita tak akan dapat lari. Jika tiada ikhlas, pasti kita akan cepat tersentuh dan melatah dengan anjing-anjing ini. Maafkan lah mereka. Kerana Allah kurniakan fikiran mereka setakat itu sahaja. 

Ada pepatah mengatakan, jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Tugas membantu orang lain seumpama lautan dalam yang penuh pancaroba. Sediakan kail yang canggih, pasti kita dapat harungi nya.  

Untuk dapatkan "kail" yang canggih itu, usaha perlu ada dengan rapatkan diri pada Allah dan penuhkan lah dada dengan ilmu. 

AyohKu pesan pada sahabat itu agar jangan mengalah. Teruskan lah bantu mereka yang memerlukan. Bukan kerana inginkan penghargaan tapi kerana itu tanggungjawab dan itu yang Allah kehendaki. Hidup lah hanya untuk Allah dan bukan kerana manusia. Maka ikhlas akan hadir. 

Wallahuallam.

Monday, May 10, 2021

Kita di sini mengata cerca kerajaan kerana SOP seumpama tiada kesudahan

Mereka di sana mengata cerca askar Israel menembak membedil seumpama tiada kesudahan

Kita di sini membaca mukabuku dengan geram sambil menghembus asap dari rokok buatan Amerika

Mereka di sana membaca Al-Quran dalam debar di tembak dan di bom senjata buatan Amerika

Kita di sini hanya penonton melihat darah-darah hanyir mengalir laju tanpa setitik rasa pada mata dunia

Mereka di sana bergelumang darah-darah hanyir memandang sayu kepada dunia

Hmm, kita hanya mengeluh simpati

Gaza pun ternoda lagi entah untuk kali ke berapa

Celaka Zionis gila belum puas membaham rakus meratah tubuh tak berdaya

Salam Ramadhan wahai Gaza
Ampunilah diri ku ini yang hanya mengeluh simpati
Ampunilah diri ku yang hanya memandang dunia sekeliling ku hingga ku terlupa perjuangan sebenar ku
Ampunilah aku, Ampunilah aku.

AyohKu
10 Mei 2021

#SaveGaza

#GetUsedToDisappointment 


 

Monday, February 8, 2021

Hening Subuh

Ku ciptakan nukilan sepi di hening subuh.
Ketika beratnya mata dan letih ini memaksa aku untuk bersimpuh.

Tak perlu ku sembunyikan pilu pada Mu di kala dingin subuh ini. Sesungguhnya hati ini tersangat rindu pada Mu.

yang tidak terluah

Tidak mengapa, jika kau rasa aku tidak mendengar, sedangkan diamku bukan tanda aku tidak peduli. Terlalu banyak yang ingin aku c...