Israel menyerah kalah? Ramai di antara kita yang bergembira dengan berita ini dan bermacam-macam cerita timbul yang secara umumnya memperkecilkan Israel dan menaikkan Hamas. Tidak salah rasanya, tapi kurang tepat perasaan kita ini. Israel tidak akan sesekali menyerah. Ini cuma taktik peperangan, taktik kotor mereka untuk mempermainkan kita. Bukankah perkara sebegini sudah berpuluh kali terjadi dalam sejarah peperangan Israel Palestin.
Apa yang penting, apa yang umat Islam tidak mengambil berat, ialah pengajaran sebenar disebalik semua yang terjadi ini. Kelemahan sejati kita ialah hanya melihat yang tersurat dan tidak mampu menerokai yang tersirat.
Peperangan masih belum berakhir. Palestin belum lagi bebas. Perjuangan harus diteruskan. Jangan menjadi hangat-hangat tahi ayam sahaja. Dan ini juga secara simboliknya bukan hanya Palestin sahaja yang belum bebas, tetapi diri kita ini sebagai umat Islam. Apa benarkah kita bebas? Apa benarkah kehidupan kita ini sudah cukup kuat ukhuwah sesama umat agar mampu mempertahankan Islam?
Setiap kali solat di masjid, walau solat Jumaat yang penuh masjidnya itu, saya masih lagi tidak merasakan aura ukhuwah yang kuat sesama kita. Perlu diajak untuk mengisi saf yang kosong. Saf-saf yang tidak rapat. Senyuman yang jarang terukir dibibir. Dan tidak semua yang bersalaman sesudah solat. Apakah ini diri kita yang ingin berperang, yang ingin melawan, musuh Islam? Kita hanya syok sendiri. Kita masih di alam mimpi. Kita masih belum terlambat. Sama-samalah kita perbetulkan aqidah dan perkuatkan ukhuwah sesama kita. Ingatlah, sebanyak mana pun ibadah kepada Allah, Allah tetap berpesan bahawa sesama manusia jangan dilupakan. Saya berdoa agar diri saya sendiri dan agar semua umat Islam di dunia akan bersatu, akan menjadi sebaik-baik manusia sebagaimana Rasulullah. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment