Tuesday, August 4, 2015

Selamat Ulang Tahun Isteri Ku

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”   

         – ayat 21, surah ar-Rum 



Syukur Alhamdulillah. Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 18 isteriku. Tiada kata-kata indah yang mungkin dapat dirangkapkan di sini. Cuma satu penghargaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesetiaan, sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang berkongsi kehidupan ini. Sesungguhnya merupakan inspirasi dan anugerah yang tidak ternilai dengan ukuran material duniawi. Semoga perjalanan hidup kita di hari-hari yang mendatang sentiasa disinari kebahagiaan dan diberkati dunia dan akhirat.

yang tidak terluah

Tidak mengapa, jika kau rasa aku tidak mendengar, sedangkan diamku bukan tanda aku tidak peduli. Terlalu banyak yang ingin aku c...