https://www.youtube.com/watch?v=ptV1hMDMvLQ
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)
Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang tak tahu)
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)
Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang tak tahu)
lagu yang dinyanyikan oleh allahyarham sudirman ini sangat popular suatu masa dahulu.asalnya daripada puisi yang dinukilankan oleh allahyarham JM Aziz. sekali dengar ianya berkenaan keperitan hati Penyu kerana telur nya diambil manusia tanpa belas kasihan. dan sememangnya hingga ke hari ini, hingga penyu hampir pupus, umat manusia tetap terus rakus memburu telur penyu ini.
pada waktu yang sama ramai tidak tahu bahawa lirik ini juga dengan simboliknya adalah tangisan keluhan dalaman diri jm aziz yang menghidapi penyakit kusta.
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. kita selalu nya nampak luaran seseorang itu umpama mereka gembira tanpa masalah. tidak semua orang berupaya meluahkan perasaan susah mereka. tidak semua orang mampu memberitahu dunia betapa deritanya mereka disebalik perwatakan gembira dan senyuman manis mereka. sedangkan disebaliknya, sebaknya hati mereka, bengkaknya jantung mereka, retaknya hati mereka. linangan air mata tidak diperlihat kepada khalayak.
peringatan untuk diri ini dan sahabat semua, semoga kita lebih prihatin dengan mereka disekeliling kita. dengan mereka yang rapat dengan kita.
penyu menangis siapa yang tahu...
No comments:
Post a Comment