Kerana sebab-sebab tertentu, saya memasukkan anak saya ke sekolah swasta. Sekolah integrasi akademik dan juga menekankan agama dan hafazan al-quran. Bukannya nak mengenepikan sekolah kerajaan, tetapi bagi saya, setiap rakyat ada hak masing2 memilih untuk anak mereka.
Sekarang anak saya di tahun 6 dan akan mengambil UPSR. Selama ini saya menyangkakan UPSR ini satu ujian yang tinggi nilainya dan keputusannya akan menjamin anak2 kita meneruskan pelajaran ke tingkatan 1. Rupanya, sangkaan saya salah. Rakan2 anak saya yg mengambil UPSR pada tahun 2014, walau yg mendapat keputusan yg baik, tidak dapat meneruskan pelajaran ke sekolah kerajaan. Kerana tidak menghabiskan pelajaran di sekolah kerajaan tetapi di sekolah swasta. Maknanya UPSR tidak bermakna. UPSR tiada kekuatan apa2. Tidak bersekolah kerajaan maka, tidak boleh maju ke tingkatan 1 di sekolah kerajaan.
Saya mula berfikir. Setiap bulan gaji saya ditolak cukai pendapatan. Saya org yg tak lari daripada membayar cukai. Saya tidak layak mendapat BR1M. Dan sekarang anak saya pula tidak akan dpt meneruskan pelajaran ke tingkatan 1 di sekolah kerajaan kerana saya memilih utk anak saya ke sekolah tahfiz sejak sekolah rendah. Kalau difikirkan, apa guna ambil UPSR? Apa kah saya bkn warganegara Malaysia? Apakah kerajaan berhasrat nak menambah seorang lagi pembangkang?
Saya pernah membawa perkara ini pada Jabatan Pendidikan. Tapi apalah upaya mereka. Dan siapalah saya ini. Hanya mampu menulis luahan hati dimuka buku.
