Tuesday, November 19, 2019

Palestin

Setakat ini, seramai 34 penduduk Palestin menjadi korban zionis sejak Selasa lepas.

Kita di Malaysia yang aman ini sebenarnya masih selesa dan aman. Masih bersuka ria dengan gegar vaganza, kehidupan harian kita dan sibuk bertekak kerana pemahaman politik yang berbeza. 

Berilah masa kita sejenak untuk berduka atas keadaan saudara kita. Atas dasar kemanusiaan dan juga agama. Apa yang berlaku adalah kekejaman yang mungki juga suatu hari nanti tidak mustahil boleh berlaku pada kita. 

Mungkin ramai mengatakan tiada apa yang kita mampu lakukan selain berdoa. Sebenarnya ada beberapa perkara yang kita seharusnya mampu lakukan. 

Antara perkara yang kita boleh sama-sama lakukan ialah :

1. Sumbangan harta. 

2. Sumbangan doa yang berterusan. 

3. Boikot produk syarikat yang menyokong zionis. 

4. Memperbaiki kualiti ibadah wajib kita.
 
5. Meningkatkan ibadah sunat. 

6. Ambil tahu dan sentiasa sebarkan isu Palestin. 

7. Melakukan kempen kesedaran Palestin di kalangan keluarga dan rakan-rakan. 

8. Didik anak-anak dengan semangat juang. 

9. Boikot cara hidup zionis. 

Semoga diri saya sendiri dan rakan-rakan melihat isu ini bukan sekadar di hujung mata sahaja. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara kita di Palestin menerima dugaan ini dan semoga Allah beri kekuatan dan hati untuk membantu mereka.

rokok lagi

2 perkara dalam 2 hari yg buat saya sedih :

1. Solat Jumaat semalam, makmum masih lagi tak rapat2, dan susah nak penuhkan saf. Lepas solat ramai cabut dan tak bersalaman dengan makmum sebelah. 

2. Breakfast kat Warung Atap Nipah pagi tadi. menggigil badan halang diri dari flying kick si bodoh isap rokok dalam warung yang penuh dengan anak2 kecil dan org yg lebih tua. 

Perkara2 yang nampak kecil begini tetapi tanda bahawa saya masih bermimpi Malaysia yang lebih maju dan sejahtera. Wallahuallam.

cermin diri

Dialog Saidina Ali dan Khawarij:

Alkisah ada seorang Khawarij yang datang menemui Ali bin Abi Thalib seraya berkata,

“Wahai khalifah Ali, mengapa pemerintahanmu banyak dikritik oleh orang, tidak sebagaimana ketika pemerintahan Abu Bakar dan Umar?!”

Saidina Ali menjawab, “Kerana pada zaman Abu Bakar dan Umar yang menjadi rakyat adalah aku dan orang-orang yang sepertiku, sedangkan rakyatku adalah kamu dan orang-orang yang sepertimu!!”

Pengajaran:

1. Jangan mimpi nak dapat pemimpin se-soleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar jika kita sendiri tidak se-soleh seperti Saidina Ali dan Sahabat-sahabat yang lain. Allah telah mengangkat orang yang paling soleh di kalangan orang-orang soleh pada generasi Sahabat untuk menjadi pemimpin mereka. Bandingkan dulu rakyat yang dipimpin oleh Saidina Abu Bakar dengan diri kita. Adakah kita setaraf Saidina Ali, Abu Hurairah, Ibnu Mas'ud, Ibnu Umar, Ibnu Abbas dan lain-lain?

2. Apalah gunanya pemimpin yang soleh seperti Saidina Ali naik menjadi Khalifah sekiranya rakyat di bawahnya berakidah Khawarij? Negara tetap tidak akan tenteram. Saidina Uthman dan Saidina Ali yang telah dijamin syurga pun menjadi mangsa fitnah puak Khawarij dan akhirnya dibunuh.

Apa yang berlaku hari ini, ramai di kalangan kita memfokuskan segala usaha mereka untuk mengubah kepimpinan kerajaan sedangkan masyarakat diabaikan.

Mengapa tidak ubah diri sendiri terlebih dahulu? Pelajari aqidah yang sahih yang dipegang oleh para Salafus Soleh. Tinggalkan syirik, bidaah dan maksiat. Berhenti merokok. Rajin-rajinkan diri pergi ke majlis ilmu dan solat berjemaah setiap kali masuk waktu, baca Al Quran setiap hari dan fahami makna dan tafsirnya. Kalau memang dah buat, Alhamdulillah. Cuba ajak ahli keluarga lain, kemudian jiran terdekat. Boleh?

Jika masyarakat telah diperbetulkan, usah risau. Allah pasti menaikkan pemimpin yang paling baik di kalangan orang-orang yang baik.
👳HADIS QUDSI BUAT RENUNGAN 👳

ALLAH AKAN GANTI PEMIMPIN ZALIM KPD PEMIMPIN BAIK, SETELAH RAKYAT SESEBUAH NEGARA ITU BERTUKAR MENJADI RAKYAT YG BAIK DAN TAATKAN ALLAH.

ALLAH swt berfirman (dalam Hadis Qudsi); "Aku ialah Allah yang tiada Tuhan selain Aku. Aku ialah Pemilik segala2nya, dan Raja bagi segala raja."

"Sesungguhnya hati segala raja dan pemimpin adalah semuanya dalam tangan (kekuasaan) Aku. Sesungguhnya apabila hati segala RAKYAT telah TAAT kepada Aku, maka ketika itu (dengan Rahmat-Ku), Aku akan merubah hati segala RAJA dan PEMIMPIN menjadi LEMAH-LEMBUT dan dapat mencurahkan kasih-sayang mereka kepada rakyat."

"Akan tetapi apabila hati segala rakyat mula berpaling daripa Aku (tidak taat dan menderhaka kepadak-Ku), maka ketika itu Aku akan merubah hati segala raja dan pemimpin sesebuah negara menjadi kejam dan zalim terhadap mereka (rakyat yang tidak taat dan derhaka kepada-Ku). Mereka akan ditimpa siksaan yang amat berat (sebagai balasan terhadap kederhakaan mereka kpd Aku)."

"Oleh itu, janganlah mereka (para rakyat) bertindak menentang raja dan pemimpin mereka. Sebaliknya, jika mereka dapati raja atau pemimpin mereka ZALIM, mereka hendaklah perbanyakkan berzikir (mengingati Aku), dan merubah diri menjadi hamba-Ku yang taat, dan meneruskan taat kepada-Ku."

"Maka, ketika itu (setelah segala rakyat menjadi baik), segala urusan raja dan pemimpin mereka adalah berada di Tangan Aku." (Riwayat Imam At-Tabrani dan Abu Darda' - lihat kumpulan Hadis Qudsi).    

 Ertinya, bila seluruh rakyat sesebuah negara itu taat kepada Allah, maka Allah akan menukar pemimpin yg zalim kepada pemimpin yang baik. Sebabnya, urusan menentukan kuasa ke atas sesebuah negara dan urusan mengurus (melantik) pemimpin adalah urusan dan terletak di tangan (kekuasaan dan kehendak Allah), usaha manusia ada sebagai sebab zahir sahaja, kuasa menentukan (takdir) adalah pada Allah.

Inilah keyakinan dan sikap Ahli Sunnah Wal Jamaah.

kasih dan sayang

Awal2 pagi lagi saya mendapat whatsapp drp seorang usahawan. Beliau sedang menghadapi dugaan dalam perniagaan dan tiada rakan2 yg membantu beliau. 

Sepanjang saya mengenali beliau, saya lihat seperti ada ramai rakan. Mungkin hanya kenalan atau rakan2 semasa senang sahaja. 

Masalah perniagaan nya semakin selesai cuma beliau lebih pada mengadu betapa terasa hati dengan org2 sekeliling beliau. Betapa beliau merasakan sudah putus asa untuk membantu org2 lain kerana apabila diri sendiri susah, tiada yg membantunya. Seakan-akan dirinya merasakan bahawa tiada lagi guna untuk menyayangi. 

Sebenarnya perkara ini adalah rutin bagi ramai di antara kita. Saya sendiri pun adakala merasakannya. Kita pastinya merasa terbeban  apabila merasakan kasih dan sayang kita seumpama diabaikan. Terasa kasih dan cinta dipersiakan oleh mereka yang seumpama tidak tahu menghargainya. 

Ada waktu kita akan merasa terlalu lelah dalam memberi kasih dan sayang. Terasa letih dan lesu menabur sayang. Apa yang perlu kita lakukan? 

Saya sendiri pun tak tahu bagaimana nak mengatasi perasaan itu. Cuma saya melihat kasih sayang ini adalah anugerah Allah dan tidak akan habis selagi diizinkan Allah. Jadi kenapa harus kita kedekut untuk memberikannya. 

Teruskan lah menyayangi, menaburkan kasih sayang dan cinta kita kepada semua. Berilah cinta kita terutamanya pada Allah. Tunduklah, dan sujudlah kepada dia kerana tidak pernah lelah memberikan yang terbaik untuk kita. 

"Ya Rahman, Ya Rahim. Engkau isikanlah hati ini dengan rasa kasih dan sayang dan semoga hati ini terus ikhlas dalam setiap curahan pengorbanan kasih dan sayang".

yang tidak terluah

Tidak mengapa, jika kau rasa aku tidak mendengar, sedangkan diamku bukan tanda aku tidak peduli. Terlalu banyak yang ingin aku c...