Ada lah seorang sahabat AyohKu, yang mana tugasnya berkait dengan menyediakan bantuan pada rakyat.
Hari ni sahabat ni whatsapp AyohKu. Mengadu tentang ramai yang masih maki hamun pada beliau walaupun beliau ikhlas membantu dan tidak pernah mengkhianati amanah yang diberikan.
Dan tujuan beliau whatsapp pada AyohKu ialah nak minta tips macam mana AyohKu menerima cemuhan dan makian sepanjang menjalankan tugas membantu usahawan tapi tetap selamba teruskan tanggungjawab AyohKu.
Mudah sebut daripada membuatnya, tips nya hanya satu, IKHLAS kan hati.
Dalam kita membantu orang, kita tidak akan dapat lari daripada membantu "anjing yang tersepit" yang mana kebiasaannya pasti akan menggigit sebaik sahaja dilepaskan. Dan juga akan menyalak jika tidak dilepaskan.
Ini hakikat dunia yang kita tak akan dapat lari. Jika tiada ikhlas, pasti kita akan cepat tersentuh dan melatah dengan anjing-anjing ini. Maafkan lah mereka. Kerana Allah kurniakan fikiran mereka setakat itu sahaja.
Ada pepatah mengatakan, jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Tugas membantu orang lain seumpama lautan dalam yang penuh pancaroba. Sediakan kail yang canggih, pasti kita dapat harungi nya.
Untuk dapatkan "kail" yang canggih itu, usaha perlu ada dengan rapatkan diri pada Allah dan penuhkan lah dada dengan ilmu.
AyohKu pesan pada sahabat itu agar jangan mengalah. Teruskan lah bantu mereka yang memerlukan. Bukan kerana inginkan penghargaan tapi kerana itu tanggungjawab dan itu yang Allah kehendaki. Hidup lah hanya untuk Allah dan bukan kerana manusia. Maka ikhlas akan hadir.
Wallahuallam.
No comments:
Post a Comment