Saya sempat lah masa kecik dulu parents bawak ke rantau abang tengok penyu bertelur. Masa tu memang byk penyu ni landing and bertelur kat situ. Dan memang berlambak dan merata telur penyu ni dijual.
Penyu juga sgt synonym dgn Terengganu hingga kan logo penyu digunapakai sehingga hari ini.
Tapi lama kelamaan, semakin hari penyu semakin pupus. Dah kurang landing di pantai Rantau Abang ni. Mau nya tak pupus, org kita masih ramai dan kemaruk makan telur penyu ni. Harga mahal pun mesti cari jugak. Cara haram pun ada kerana sekarang hanya tempat tertentu saja dibenarkan ambil dan jual telur ini.
Saya rasa malu bila tgk logo penyu masih bersepah di tganu ni. Baju gambar penyu, Kraft bentuk penyu, dan berbagai lagi. Malu kerana konon penyu ni duta tganu, tetapi penyu pun tak nak dtg sini dah psl kita kejam pada mereka. Kat pasar payang sempoi jual telur penyu. Kat restoran masih jual telur penyu yg dimasak.
Kpd rakyat tganu, dah lah, tak pyh nak guna gambar penyu bagi mana mana yg tak support larangan telur penyu ni dijual. Penyu tak hingin korang pakai baju gambor dia. Jual gambor dia. Jadikan dia duta.
Pada kerajaan tganu pulak, jgn lah sekadar dgr and kata nak ambik tindakan. Cpt lah buat dasar atau peraturan haramkan terus jual telur penyu kat pasar payang tu. Jgn lah fikir sgt psl takut org tak pangkah korang lg ke apa ke. Buat lah dgn ikhlas. Kita ni org islam kan kena syg semua makhluk termasuk haiwan. Kalau dah sampai nak pupus tu makna kita tak jaga, tak syg. Islam ni menyeluruh. Bukan takat tutup aurat, solat, puasa, settle. Byk lg aspek kehidupan kita, kita kena jaga, dan ni salah satunya.
Bereh org ganu deh. Dok soh nok maroh ke ambe lah. Maroh pun duli mende ambe. Benda ambe kabor ni hok betul. Kalu hok maroh, meroyan tu, makna mung dok betul lah.
No One Of Consequence
#GetUsedToDisappointment
#SaveTheTurtle
No comments:
Post a Comment