Awal2 pagi lagi saya mendapat whatsapp drp seorang usahawan. Beliau sedang menghadapi dugaan dalam perniagaan dan tiada rakan2 yg membantu beliau.
Sepanjang saya mengenali beliau, saya lihat seperti ada ramai rakan. Mungkin hanya kenalan atau rakan2 semasa senang sahaja.
Masalah perniagaan nya semakin selesai cuma beliau lebih pada mengadu betapa terasa hati dengan org2 sekeliling beliau. Betapa beliau merasakan sudah putus asa untuk membantu org2 lain kerana apabila diri sendiri susah, tiada yg membantunya. Seakan-akan dirinya merasakan bahawa tiada lagi guna untuk menyayangi.
Sebenarnya perkara ini adalah rutin bagi ramai di antara kita. Saya sendiri pun adakala merasakannya. Kita pastinya merasa terbeban apabila merasakan kasih dan sayang kita seumpama diabaikan. Terasa kasih dan cinta dipersiakan oleh mereka yang seumpama tidak tahu menghargainya.
Ada waktu kita akan merasa terlalu lelah dalam memberi kasih dan sayang. Terasa letih dan lesu menabur sayang. Apa yang perlu kita lakukan?
Saya sendiri pun tak tahu bagaimana nak mengatasi perasaan itu. Cuma saya melihat kasih sayang ini adalah anugerah Allah dan tidak akan habis selagi diizinkan Allah. Jadi kenapa harus kita kedekut untuk memberikannya.
Teruskan lah menyayangi, menaburkan kasih sayang dan cinta kita kepada semua. Berilah cinta kita terutamanya pada Allah. Tunduklah, dan sujudlah kepada dia kerana tidak pernah lelah memberikan yang terbaik untuk kita.
"Ya Rahman, Ya Rahim. Engkau isikanlah hati ini dengan rasa kasih dan sayang dan semoga hati ini terus ikhlas dalam setiap curahan pengorbanan kasih dan sayang".
No comments:
Post a Comment