Peratus peningkatan kanak2 yg mempunyai sindrom autisme telah meningkat hampir 30%. Negara2 maju telah mula berlumba2 mempertingkatkan lagi langkah2 utk membantu anak2 ini. Perkara yg sama boleh juga dikatakan di Malaysia walaupun masih agak jauh kebelakang.
Namun, mentaliti keseluruhan masyarakat masih boleh dikatakan di takuk lama dan tidak memahami atau mungkin tidak mahu memahami anak2 ini. Seringkali kita mendengar cerita daripada ibubapa bagaimana salah faham sering terjadi dan masyarakat masih lagi memandang serong terhadap mereka dan anak2.
Satu program di Unisza dengan kerjasama Yayasan Faqeh, telah menyatukan kami dan tertubuh lah Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu. Ibubapa, sukarelawan dan anak2 istimewa bergabung bagi memperjuangkan hak2 anak2 istimewa dari pelbagai peringkat. Baik autisme, down syndrome, adhd, dan byk lagi. Matlamat utama kami adalah bagi menerapkan al-Quran ke jiwa anak2 ini selain daripada perkongsian dan mengadakan program kesedaran kepada masyarakat umum.
Anda ingin menjadi sebahagian daripada kami, sumbangan anda baik dari segi tenaga, wang ringgit dan songkongan moral amat lah diperlukan dan dialukan. Marilah bersama kita memperjuangkan hak2 anak2 ini. Merekalah anak syurga.
No comments:
Post a Comment